Contact Us

1. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada rumah saya perlu melalui proses permohonan kebenaran daripada LPHP sebelum ia boleh dipindahmilik kepada orang lain?

Pemohon boleh mendapatkan maklumat sama ada perlu melalui proses permohonan kebenaran daripada LPHP berdasarkan Syarat Nyata yang tertera di dalam Hakmilik atau Carian Rasmi. Sekiranya Syarat Nyata ada menyatakan bahawa rumah berstatus kos rendah atau rumah murah, maka pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada
LPHP.

2. Bagaimanakah cara untuk saya membuat permohonan dan dimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan dan senarai semak yang berkenaan?

Pemohon boleh membuat permohonan dengan memuat turun borang kebenaran pindahmilik rumah kos rendah daripada laman web rasmi LPHP (www.lphp.perak.gov.my) secara percuma atau membeli satu set borang tersebut di kaunter LPHP dengan harga RM5.00.

3. Bagaimanakah pembayaran fi permohonan dan penalti boleh dibuat?

   A.Bagi permohonan baru, rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya, pembayaran fi permohonan boleh dibuat oleh pemohon melalui kaedah Tunai sahaja di kaunter LPHP.

Orang Perseorangan

Pemaju Perumahan

Pemohonan Baru: RM50.00

Rayuan Kali Pertama: RM50.00

Rayuan Seterusnya: RM100.00

 

Pemohonan Baru: RM30.00

Rayuan Kali Pertama: RM50.00

Rayuan Seterusnya: RM100.00

 

   B.Bagi permohonan rayuan kali pertama dan rayuan seterusnya yang telah diluluskan oleh LPHP, pembayaran penalti boleh dibuat melalui kaedah Tunai, Cek atau Banker’s Cheque sahaja di atas nama LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH PERAK.

4. Berapakah tempoh masa untuk permohonan saya diproses?

Tempoh masa yang diambil untuk pihak LPHP memproses permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah adalah selama 45 hari.

5. Apakah perbezaan pindahmilik secara “kasih sayang” dan “rela hati”?

Pindahmilik secara “kasih sayang” adalah pindahmilik yang dilakukan tanpa apa-apa balasan kewangan di antara suami kepada isteri, isteri kepada suami, ibu/bapa kepada anak, anak kepada ibu/bapa sahaja.  Pindahmilik tanpa apa-apa balasan kewangan yang dilakukan selain daripada hubungan di atas adalah pindahmilik secara “rela hati”

6. Saya ingin membuat pembelian rumah daripada Pemaju Perumahan. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan Surat Tawaran daripada LPHP?

Pihak Pemaju Perumahan yang ingin menjual rumah kepada first house buyer perlu berurusan dengan Unit Dasar dan Pemasaran LPHP untuk mendapatkan surat tawaran daripada LPHP. Pembeli hendaklah terlebih dahulu berdaftar di dalam sistem e-perumahan LPHP dan memohon di bawah kategori “Rumah Perakku”

7. Bagaimanakah saya boleh membuat rayuan sekiranya permohonan saya ditolak/tidak dibenarkan?

Sekiranya permohonan baru pemohon ditolak/tidak dibenarkan, pemohon boleh membuat rayuan dengan menggunakan dokumen yang sama seperti permohonan baru turut disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut:

  1. Surat makluman keputusan penolakan oleh LPHP.
  2. Surat Rayuan yang disertakan dengan alasan-alasan mengapa pindahmilik hendak dibuat
8. Adakah pemilik dan penerima perlu hadir secara fizikal ke kaunter semasa menghantar permohonan?

Pemilik dan Penerima tidak perlu hadir bersama. Salah seorang daripada pihak boleh membuat permohonan di kaunter. Pemohon juga boleh menggunakan khidmat wakil untuk menghantar permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah ke kaunter LPHP

9. Apakah prosedur untuk saya mengambil keputusan permohonan di Kaunter LPHP?
  • Pihak LPHP akan menghubungi pemohon atau wakil secara panggilan telefon berdasarkan butir-butir yang diisi di dalam borang permohonan kebenaran pindahmilik rumah kos rendah setelah keputusan permohonan telah sedia untuk diambil.
  • Pemohon atau wakil boleh mengambil keputusan permohonan di kaunter LPHP dengan membawa resit pembayaran fi berwarna biru untuk rujukan pihak LPHP. Pengambilan keputusan permohonan tanpa resit tidak akan dilayan.
11. Saya telah membuat permohonan di e-perumahan namun selepas sebulan permohonan saya masih belum diluluskan. Apa yang perlu saya lakukan?

Pemohon boleh berurusan dengan pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) untuk menyemak butir-butir pemohon sama ada perlu dikemaskini atau tidak. Sekiranya butir-butir yang diisi oleh pemohon telah lengkap, pihak LPHP (Unit Dasar & Pemasaran) akan meluluskan permohonan tersebut

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, UTC 42, Aras 3, Bangunan UTC Perak, Off Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak