Contact Us

Visi

Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak sebagai peneraju pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak yang holistik

Misi

Mentransformasikan perumahan dan hartanah merangkumi pembangunan fizikal dan sosio ekonomi rakyat Negeri Perak

Objektif

  • Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak sebagai peneraju pembangunan perumahan dan hartanah Negeri Perak yang holistik
  • Menyelaras memudah cara dan mengawal selia urusan pembangunan perumahan dan hartanah negeri
  • Menyediakan perumahan dan sistem agihan pemilikan rumah atau hartanah mampu milik berkesan
  • Menjadi pusat rujukan utama maklumat perumahan dan hartanah negeri
  • Menjana kehidupan masyarakat sejahtera dan berkualiti

Peranan LPHP

  • Untuk menggalak, memudah cara, menyelaras, mengurus, mengawal selia dan melaksanakan pemajuan perumahan dan hartanah, khususnya untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Memastikan bahawa Enakmen ini ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi.
  • Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan dasar, cara dan strategi yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah.
  • Melaksana dan memberi kesan kepada apa-apa dasar, arahan atau perintah Pihak Berkuasa Negeri.
  • Memudahcarakan pemajuan perumahan dan hartanah secara amnya dan pemajuan perumahan awam dan rumah mampu milik secara khasnya.
  • Menjalankan peranan sebagai badan penyelaras utama antara agensi Kerajaan dan swasta untuk membolehkan kemajuan dan pelaksanaan pemajuan perumahan dan hartanah secara pesat.
  • Membangun, menerima pakai dan melaksanakan dasar, panduan, piawai, cara dan tatacara mengenai pemajuan, pengurusan dan peruntukan perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Menerima pakai dan melaksanakan dasar-dasar, pelan dan projek oleh kerajaan Persekutuan seperti yang diarah oleh Pihak Berkuasa Negeri.
  • Merancang, membangun, mempromosi, melaksana dan menggalakkan pemajuan, pelaksanaan penyewaan, pemasaran dan penjualan perumahan dan hartanah secara amnya dan secara khususnya bagi perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyelenggaraan kawasan perumahan awam termasuk kemudahan, infrastruktur, tempat dan alat di kawasan tersebut.
  • Menggalak, menyelaras dan melaksanakan kajian dan pemajuan di dalam semua aspek perumahan dan hartanah dan secara khusus mengenai perumahan awam dan rumah mampu milik.
  • Menyediakan maklumat dan menjadi pusat sumber rujukan berkenaan perumahan dan hartanah di Negeri kepada industri perumahan dan hartanah.
  • Menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa perkara yang perlu atau bermanfaat dan patut bagi, atau berhubungan dengan penjalanan dan pentadbiran Lembaga bagi maksud Enakmen ini.

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, UTC 42, Aras 3, Bangunan UTC Perak, Off Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak