HARI KELUARGA LPHP 2025
6 -7 Disember 2025 – Program Family Day Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hampton by the Beach, Pulau Pinang.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja LPHP bersama ahli keluarga melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuk sukaneka, cabutan bertuah, makan malam serta sesi santai bersama keluarga.
Sepanjang berlangsungnya program ini, suasana penuh keceriaan dan semangat kerjasama jelas terpancar, sekali gus mengukuhkan semangat berpasukan serta memupuk budaya kerja yang lebih positif dalam kalangan warga LPHP.
Pihak pengurusan LPHP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jawatankuasa pelaksana serta para peserta yang telah menjayakan program ini dengan penuh komitmen dan dedikasi. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform untuk memperkukuhkan lagi hubungan kekeluargaan serta semangat kerjasama dalam organisasi.




- Hits: 40