LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BERSAMA LPHP DAN PASAK KE KERAJAAN TEMPATAN FUKUOKA, JEPUN
JEPUN, 14-18 Julai 2025 - Lawatan kerja ke pusat penjagaan warga emas bagi memahami berkaitan sistem penjagaan warga emas dan pembangunan model rumah jagaan dalam komuniti warga emas.
Antara model perumahan yang dilawati adalah seperti Suncarna Nishijin, Habitation Jousui, dan Shimo Yato Municipal Housing menunjukkan bahawa warga emas boleh kekal berdikari dalam komuniti terbuka dengan sokongan persekitaran yang selamat, aksesibel, dan sosial inklusif. Selain itu juga, lawatan ke Dementia-Friendly Center memberikan pendekatan mesra demensia melibatkan reka bentuk fizikal yang responsif, program sosial inklusif dan sokongan komuniti yang prihatin menunjukkan pentingnya membina masyarakat yang memahami, menyokong dan menerima warga emas dengan keadaan kognitif terhad. Dalam lawatan ini juga kami berpeluang melawat ke Institusi seperti Fukuoka College of Care and Welfare dan Kokusai Gakuen Educational Corporation di mana latihan profesional dalam bidang penjagaan boleh melahirkan penjaga yang mahir dan berdedikasi. Hal ini menjadikan pendidikan berasaskan pengalaman dan kerjasama industri-akademia menjadi faktor kejayaan sistem latihan mereka.
Semoga hasil lawatan ini memberi input berharga kepada LPHP dalam usaha membangunkan perumahan inklusif dan lestari di Perak, khususnya untuk golongan warga emas. Pendekatan bersepadu antara perumahan, penjagaan, latihan dan inovasi teknologi boleh dijadikan model perintis di kawasan bandar dan separa bandar di negeri Perak.



- Hits: 54