MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN NEGERI PERAK (JKTP) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN PROJEK SAKIT DAN PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JKPSPT)

SHAH ALAM, 28-29 JULAI 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perumahan Negeri Perak (JKTP) Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit Dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT) Bil. 1 Tahun 2025 telah diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
Tema utama yang diketengahkan bagi Mesyuarat JKTP kali ini adalah memberi fokus kepada isu-isu yang dihadapi oleh para pembeli dalam pemilikan dan pembiayaan perumahan terutamanya bagi rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.
 
Manakala mesyuarat JKPSPT pula memberi fokus kepada inisiatif dan insentif yang boleh diberikan kepada pemaju penyelamat atau pemaju sediada dalam menyelesaikan atau memulihkan projek. Mesyuarat JKTP & JKPSPT kali ini turut melibatkan beberapa agensi dan jabatan termasuklah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).
 
Di samping itu, LPHP telah menjemput wakil – wakil yang berkepentingan untuk mengadakan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman dalam isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan perumahan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), National Housing Buyers Association (HBA) dan Bank Negara Malaysia (BNM). LPHP juga turut membentangkan kertas kerja berkaitan cadangan inisiatif dan insentif bagi pemulihan projek sakit dan terbengkalai di Negeri Perak.

  • Hits: 55

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak