PERBINCANGAN TEKNIKAL

1 Oktober 2025 - Satu sesi perbincangan teknikal telah diadakan bersama pemaju, perunding, kontraktor, wakil Majlis Daerah Perak Tengah, wakil Lembaga Air Perak dan wakil Hua Yang Berhad (pemaju bersebelahan tapak pembangunan). Sesi ini bertujuan membincangkan isu-isu teknikal yang timbul di tapak, di samping merangka langkah penyelesaian yang optimum bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek.




  • Hits: 1029

PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2025

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut sama memeriahkan program bersempena Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Perak 2025 selama 2 hari bermula pada 27 - 28 September 2025 bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak.




  • Hits: 1006

MAKMAL CADANGAN PELAKSANAAN PROJEK PRR

22-24 Sept 2025 - Satu makmal cadangan pelaksanaan projek Program Residensi Rakyat (PRR) oleh Kerajaan Negeri/Agensi Bilangan 2 Tahun 2025 telah diadakan oleh Bahagian Perancangan Perumahan (BR) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Makmal ini bertujuan memperincikan pelbagai aspek pelaksanaan projek PRR yang bersesuaian iaitu merangkumi penentuan tapak projek PRR yang bersesuaian, peruntukan pembiayaan, kaedah perolehan, kaedah penyaluran peruntukan serta perkara-perkara berkaitan lain.




  • Hits: 1084

KARNIVAL MESRA ANAK MUDA

IPOH, 20-21 September 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut bersama-sama memeriahkan program Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang berlangsung selama 2 hari, bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak. Di samping itu, pengunjung juga berkesempatan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran bagi permohonan rumah kediaman di bawah Skim Rumah Perakku I (Kos Rendah) dan Perakku II (Kos Sederhana).




  • Hits: 909

LAWATAN PENANDA ARAS LPHP KE SADC

IPOH, 25 Ogos 2025 - Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ke Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama serta memberi inspirasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem perkhidmatan.




  • Hits: 1153

LAWATAN TAPAK KE PROJEK PERUMAHAN D AMAN RESIDENSI BERSAMA PIHAK RTM

IPOH, 25 Ogos 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke Projek Perumahan di D Aman Residensi bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk memantau status terkini pemulihan projek terbengkalai yang sedang dilaksanakan oleh pihak pemaju.
 
Melalui sesi pemantauan ini, LPHP menekankan kepentingan memastikan setiap usaha pemulihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan agar projek dapat disiapkan serta diserah kepada pembeli dengan segera. Kehadiran pihak RTM turut memberi ruang kepada masyarakat untuk mengikuti perkembangan projek melalui liputan media, sekaligus meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam terhadap usaha pemulihan yang sedang dijalankan.
 
LPHP komited untuk terus memantau dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek-projek perumahan terbengkalai dapat dipulihkan demi menjaga kepentingan pembeli serta kelestarian sektor perumahan negeri.
 
 
  • Hits: 949

LAWATAN KE TAPAK BINA PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALIM, PERAK

MUALIM, 20 Ogos 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Tuan Akmal bin Dahalan, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembangunan Rumah Perakku di Kota Malim Prima, Tanjung Malim.

Hasil tinjauan menunjukkan kerja-kerja tanah telah mencapai 60% kemajuan. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai LPHP, wakil pemaju, serta kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek.






  • Hits: 958

TAKLIMAT HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1995

IPOH, 08 Ogos 2025 - Satu taklimat bertajuk Harta Pusaka di Malaysia dari Perspektif Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995 telah diadakan di bilik mesyuarat LPHP.

Taklimat ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkenaan proses pentadbiran harta pusaka kecil – khususnya menurut peruntukan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995.

Proses pewarisan yang tidak difahami dengan baik sering kali membawa kepada pertikaian sesama waris. Justeru, sesi ini diharap dapat memberikan pencerahan, sekali gus membantu kita merancang masa depan keluarga dengan lebih teratur.

  • Hits: 1115

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak