LAWATAN TAPAK KE PROJEK PERUMAHAN D AMAN RESIDENSI BERSAMA PIHAK RTM
IPOH, 25 Ogos 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke Projek Perumahan di D Aman Residensi bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk memantau status terkini pemulihan projek terbengkalai yang sedang dilaksanakan oleh pihak pemaju.
Melalui sesi pemantauan ini, LPHP menekankan kepentingan memastikan setiap usaha pemulihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan agar projek dapat disiapkan serta diserah kepada pembeli dengan segera. Kehadiran pihak RTM turut memberi ruang kepada masyarakat untuk mengikuti perkembangan projek melalui liputan media, sekaligus meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam terhadap usaha pemulihan yang sedang dijalankan.
LPHP komited untuk terus memantau dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek-projek perumahan terbengkalai dapat dipulihkan demi menjaga kepentingan pembeli serta kelestarian sektor perumahan negeri.


- Hits: 53