Pemohon yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman sesawang LPHP dan mengisi di bahagian pendaftaran. Kemudian isi borang tersebut dan setelah selesai klik hantar. Pemohon perlu menyimpan maklumat akaun sekiranya ada sebarang pengemaskinian dilakukan. Pengemaskinian borang perlu dilakukan setiap 2 tahun sekali
Syarat-syarat untuk memohon Rumah Perakku adalah pemohon adalah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan pemohon adalah orang Perak, pemohon belum memiliki rumah, pemohon bekerja di Negeri Perak. Selain itu juga, bagi kategori Rumah Perakku 1 (kos rendah), pendapatan isi rumah mesti bawah RM3,860. Rumah Perakku 2 (kos sederhana) pendapatan isi rumah bawah RM7,000 manakala Rumah Mampu Milik pendapatan isi rumah melebihi RM7,000 ke atas.
Rumah-rumah yang ditawarkan oleh LPHP adalah rumah kediaman 3 bilik tidur serta dilengkapi kemudahan 2 bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa. Harga rumah dijual pada kadar yang mampu dimiliki oleh rakyat
Pemohon akan dipanggil temuduga apabila projek yang dibangunkan di daerah pemohon mohon sudah dinaikkan sebanyak 50 peratus. Pihak LPHP akan menghantar surat jemputan temuduga ke alamat pemohon yang telah didaftarkan di dalam sistem e-perumahan
Pemohon hanya perlu membuat permohonan secara maya di laman sesawang LPHP dan mengisi borang mengikut butiran yang diminta sahaja. Dokumen-dokumen sokongan tidak perlu disertakan sekali kerana dokumen-dokumen berikut hanya perlu dibawa semasa proses temuduga
Rumah Perakku mempunyai kuota sebanyak 5% bagi pemohon berstatus bujang dan OKU.
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, hanya salah seorang isi rumah yang dibenarkan untuk mendaftar Rumah Perakku di dalam sistem e-perumahan
Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, UTC 42, Aras 3, Bangunan UTC Perak, Off Jalan Datuk Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959
Faks : 05-526 9199
© 2023 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak