PASUKAN BOLA SEPAK LPHP
Pasukan Bola Sepak Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut mengambil bahagian dalam sukan Bola Sepak bagi Kejohanan Sukan Sinergi Perumahan Negeri-Negeri Se-Malaysia 2025 Melaka. Penghargaan dan pujian diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak LPHP atas penyertaan dalam edisi yang julung kali diadakan ini. 
Pasukan Bola Sepak LPHP telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan berani dalam permainan. Perlawanan persahabatan dengan intipati utamanya untuk mengeratkan hubungan di antara agensi agensi pembangunan perumahan turut disertai oleh pasukan Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). LPNPP telah menjadi juara bagi kejohanan sulung ini diikuti PKPJ dan LPHS.
Insyallah, LPHP akan turun lebih bersemangat dan bersedia bagi edisi akan datang yang akan diadakan di Pulau Pinang. Syabas dan tahniah atas usaha, komitmen serta semangat berpasukan yang luar biasa! 





- Hits: 44