ARAHAN MENGOSONG DAN SITAAN UNIT RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL
ARAHAN MENGOSONG DAN SITAAN UNIT RUMAH PANGSA JALAN HOSPITAL
15 FEBRUARI 2024, Proses arahan mengosong dan sitaan rumah oleh pihak Mahkamah Majistret Ipoh dan LPHP. Pihak LPHP dengan bantuan pihak peguam dari Tetuan Iskandar Al-Bakri & Associates telah berjaya mendapatkan Perintah Pelaksanaan Milikan Kosong bagi unit di Rumah Pangsa Jalan Hospital dan pelaksanaan arahan mahkamah tersebut telah dibuat pada hari ini.
Peguam LPHP telah menerangkan kepada defendan bahawa tindakan akan dibuat dengan kehadiran pihak polis sekiranya defendan masih gagal mematuhi tempoh untuk mengosongkan rumah yang diberikan oleh pihak plaintiff.
Tindakan gabungan daripada: Unit perundangan. Unit Operasi dan Perumahan. Pegawai Penguatkuasa LPHP.