PROJEK MENGGANTI BUMBUNG DI PPR PANGSAPURI SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 8 April 2025- Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan melawat kemajuan kerja bagi projek mengganti bumbung di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Bumbung PPR tersebut sebelum ini rosak teruk akibat ribut yang melanda pada 13 April 2025 yang lalu. Sehingga 8 April 2025, kira-kira 70% bahagian bumbung yang terjejas telah siap diganti. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, pegawai-pegawai LPHP, wakil penduduk, kakitangan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti dan kontraktor.   






  • Hits: 1019

KEPUTUSAN PENGUNDIAN RUMAH PERAKKU II PROJEK TAMAN TASEK ARDEA DAERAH KINTA

Senarai nama pemohon yang berjaya dan simpanan bagi projek Taman Tasik Ardea Daerah Kinta yang berlangsung pada 07 Mac 2025. Semakan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau klik pautan di bawah.
https://docs.google.com/presentation/d/1TOnH_fAT3e2PWnEAmZFLX-6NNGF8-sLi/edit?usp=sharing&ouid=114852061321631783572&rtpof=true&sd=true

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian kami 05-5265588.








#lphpnadiperumahananda
#membinakehidupansejahtera
#MalaysiaMadani
#PerakSejahtera2030    
  • Hits: 1852

PROGRAM JERAYAWARA KESEDARAN AWAM MENGENAI PELAKSANAAN AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2025

Pada 27/2/2025 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna SUK Perak LPHP dengan kerjasama Jabatan Agensi Pelaporan Kredit ( APK), Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan satu program iaitu Program Jerayawara Kesedaran Awam Mengenai Pelaksanaan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2025.
 
Selain daripada taklimat berkaitan pengurusan kewangan program ini turut menyediakan perkhidmatan seperti :
 
1) Pendaftaran / Semakan
Rumah Perakku.
2) Semakan CCRIS / CTOS
secara percuma.
3) Konsultasi Kewangan
4) Pameran Rumah Perakku
dan Mampu Milik.
 
Diantara agensi yang terlibat dalam pameran semasa program ini diadakan adalah LPHP, CTOS, AKPK, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, MAJUPERAK Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku I, II & III Taman Tasik Ardea), Miclebina Properties Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku II Santorini @ Botani, Pangsapuri Refflesia Ipoh) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Perwira Segari).
 
Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua yang hadir.
 
  • Hits: 1274

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD

MERU, 18 Februari 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bertempat di Bilik Mesyuarat LPHP. Pihak LPHP telah menjemput Encik Saifurnizam bin Ya'akob, Penolong Pengarah Negeri I dari Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, sebagai penceramah utama.
 
Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan rekod dan fail pejabat secara sistematik dan efisien, sejajar dengan keperluan pematuhan tadbir urus yang baik.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan fail dan rekod dalam organisasi serta menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih tersusun dan berkesan.
   

  • Hits: 1156

MESYUARAT PEMBENTANGAN DATA PERUMAHAN NEGERI PERAK DI BAWAH PELAKSANAAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI SERTA GLC NEGERI PERAK

IPOH, 12 Februari 2025 - Mesyuarat dan pembentangan data perumahan di bawah pelaksanaan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi GLC di Negeri Perak telah diadakan pada Selasa, 12 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, LPHP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP dan dihadiri oleh wakil dari 11 agensi iaitu MB Inc, Perak Corporation Berhad, Yayasan Perak, MAIPk, Pejabat KKDW Negeri Perak, Unit Perumahan Penjawat Awam (PPAM), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan PRIMA Malaysia, SSI, JAKOA dan FELCRA.

Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pembentangan data perumahan di bawah pelaksanaan setiap agensi berkaitan serta verifikasi data oleh wakil setiap agensi bagi data perumahan yang telah dikemaskini sehingga suku keempat tahun 2024.
  • Hits: 1178

KEPUTUSAN PENGUNDIAN RUMAH PERAKKU 1 PROJEK TAMAN TASEK ARDEA DAERAH KINTA

MERU, 27 Disember 2024 - Senarai nama pemohon yang berjaya dan simpanan bagi projek Taman Tasik Ardea Daerah Kinta yang berlangsung pada 27 Disember 2024. Semakan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau klik pautan di bawah.
Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian kami 05-5265588.
 
 
 
 
  • Hits: 1781

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2025

IPOH, 24 Januari 2025 - Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan LPHP telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama bagi Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat LPHP. Mesyuarat ini bertujuan untuk membentangkan pencapaian kelab sepanjang tahun, laporan kewangan, serta merancang program yang lebih baik untuk manfaat semua ahli.
 
Antara agenda utama mesyuarat ini adalah pembentangan laporan aktiviti bagi tahun 2024 dan 2025. serta pembentangan penyata kewangan tahunan.
 
Mesyuarat ini turut menjadi platform untuk ahli kelab memberikan pandangan serta cadangan bagi menambah baik keberkesanan program yang dianjurkan. Beberapa resolusi penting telah dicapai, antaranya termasuk penganjuran lebih banyak program yang dapat melibatkan semua ahli kelab.
 
Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan LPHP mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang kepada kelancaran mesyuarat ini.
 
BIRO PUBLISITI DAN MULTIMEDIA
KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN LPHP





   

  • Hits: 1338

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PERAKKU I DI KG. SERDANG, DAERAH MANJUNG

MANJUNG, 20 Januari 2025 - LPHP bersama-sama pihak TNB telah menyampaikan kunci Rumah Perakku I di Kg. Serdang, Daerah Manjung kepada seorang ASNAF iaitu En.Azhar bin Kamaruddin.
 
Pihak LPHP mengucapkan tahniah kepada penerima yang terpilih untuk memiliki rumah Perakku.
 
Makluman juga, kos pembayaran rumah Perakku ini ditaja sepenuhnya oleh pihak TNB di bawah Program Baiti Jannati (TNB).
 
Semoga program yang dilaksanakan ini dapat meringankan beban kepada golongan yang memerlukan.





  • Hits: 1728

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Ibu Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16 & 18, Jalan Meru Impian A1,Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199

Cawangan UTC

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No.20 A, Jalan Meru Impian A1,
Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-246 0057 | 05-246 1959

Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak