KARNIVAL MESRA ANAK MUDA

IPOH, 20-21 September 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut bersama-sama memeriahkan program Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) yang berlangsung selama 2 hari, bertempat di perkarangan Stadium Indra Mulia Ipoh Perak.

Selain daripada memperkenalkan produk di bawah LPHP para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini berkaitan rumah-rumah mampu milik yang dijual di negeri Perak. Di samping itu, pengunjung juga berkesempatan untuk mengemukakan sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran bagi permohonan rumah kediaman di bawah Skim Rumah Perakku I (Kos Rendah) dan Perakku II (Kos Sederhana).




  • Hits: 654

LAWATAN PENANDA ARAS LPHP KE SADC

IPOH, 25 Ogos 2025 - Satu lawatan penanda aras telah diadakan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) ke Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam usaha menambah baik mutu perkhidmatan.

Lawatan ini membuka ruang kerjasama serta memberi inspirasi dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan sistem perkhidmatan.




  • Hits: 752

LAWATAN TAPAK KE PROJEK PERUMAHAN D AMAN RESIDENSI BERSAMA PIHAK RTM

IPOH, 25 Ogos 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan satu sesi lawatan tapak ke Projek Perumahan di D Aman Residensi bersama pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lawatan ini bertujuan untuk memantau status terkini pemulihan projek terbengkalai yang sedang dilaksanakan oleh pihak pemaju.
 
Melalui sesi pemantauan ini, LPHP menekankan kepentingan memastikan setiap usaha pemulihan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan agar projek dapat disiapkan serta diserah kepada pembeli dengan segera. Kehadiran pihak RTM turut memberi ruang kepada masyarakat untuk mengikuti perkembangan projek melalui liputan media, sekaligus meningkatkan ketelusan dan keyakinan awam terhadap usaha pemulihan yang sedang dijalankan.
 
LPHP komited untuk terus memantau dan bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi memastikan projek-projek perumahan terbengkalai dapat dipulihkan demi menjaga kepentingan pembeli serta kelestarian sektor perumahan negeri.
 
 
  • Hits: 665

LAWATAN KE TAPAK BINA PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALIM, PERAK

MUALIM, 20 Ogos 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), Tuan Akmal bin Dahalan, telah mengadakan lawatan ke tapak Projek Pembangunan Rumah Perakku di Kota Malim Prima, Tanjung Malim.

Hasil tinjauan menunjukkan kerja-kerja tanah telah mencapai 60% kemajuan. Lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai LPHP, wakil pemaju, serta kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan projek.






  • Hits: 623

TAKLIMAT HARTA PUSAKA DI MALAYSIA DARI PERSPEKTIF AKTA HARTA PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1995

IPOH, 08 Ogos 2025 - Satu taklimat bertajuk Harta Pusaka di Malaysia dari Perspektif Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995 telah diadakan di bilik mesyuarat LPHP.

Taklimat ini bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkenaan proses pentadbiran harta pusaka kecil – khususnya menurut peruntukan Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1995.

Proses pewarisan yang tidak difahami dengan baik sering kali membawa kepada pertikaian sesama waris. Justeru, sesi ini diharap dapat memberikan pencerahan, sekali gus membantu kita merancang masa depan keluarga dengan lebih teratur.

  • Hits: 853

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PERUMAHAN NEGERI PERAK (JKTP) DAN MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PEMANTAUAN PROJEK SAKIT DAN PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI (JKPSPT)

SHAH ALAM, 28-29 JULAI 2025 – Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Perumahan Negeri Perak (JKTP) Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pemantauan Projek Sakit Dan Pemulihan Projek Terbengkalai (JKPSPT) Bil. 1 Tahun 2025 telah diadakan di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
 
Tema utama yang diketengahkan bagi Mesyuarat JKTP kali ini adalah memberi fokus kepada isu-isu yang dihadapi oleh para pembeli dalam pemilikan dan pembiayaan perumahan terutamanya bagi rumah kos rendah dan rumah kos sederhana.
 
Manakala mesyuarat JKPSPT pula memberi fokus kepada inisiatif dan insentif yang boleh diberikan kepada pemaju penyelamat atau pemaju sediada dalam menyelesaikan atau memulihkan projek. Mesyuarat JKTP & JKPSPT kali ini turut melibatkan beberapa agensi dan jabatan termasuklah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak, Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Perak, Bahagian Kerajaan Tempatan dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).
 
Di samping itu, LPHP telah menjemput wakil – wakil yang berkepentingan untuk mengadakan sesi pembentangan dan perkongsian pengalaman dalam isu-isu yang berkaitan dengan pembangunan perumahan seperti Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), National Housing Buyers Association (HBA) dan Bank Negara Malaysia (BNM). LPHP juga turut membentangkan kertas kerja berkaitan cadangan inisiatif dan insentif bagi pemulihan projek sakit dan terbengkalai di Negeri Perak.

  • Hits: 738

MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH PERAKKU BAGI PROJEK TAMAN PERAKKU BATU 14 LEKIR, DAERAH MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN

MANJUNG, 24 Julai 2025 - YAB Dato' Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Projek Rumah Perakku bagi projek Taman Perakku Batu 14 Lekir, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan.

Rumah Perakku bagi projek Taman Perakku Batu 14 Lekir, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan ini adalah kerjasama antara LPHP, Syarikat Seri Bumi Sdn Bhd dan R Masyhur Sdn Bhd. Sebanyak 60 unit rumah teres setingkat telah siap dibina di atas tanah hak milik LPHP. Rumah berkeluasan 924 kaki persegi setiap unit ini dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
 
Tahniah diucapkan kepada semua penerima kunci Rumah Perakku bagi projek Taman Perakku Batu 14 Lekir, daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan!
 
 
 
 
 
  • Hits: 919

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU MENGENAI PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK RUMAH KOS RENDAH

IPOH, 19 Julai 2025 - Unit Perundangan LPHP selesai menerima jemputan daripada Fariz Halim & Co untuk melaksanakan program perkongsian ilmu mengenai Permohonan Kebenaran Pindahmilik Rumah Kos Rendah. Perkongsian tersebut dibuat di dalam Program Cakna Hartanah yang dibuat di pejabat syarikat ejen hartanah Gather Properties. Objektif program dibuat adalah untuk memberikan pendedahan kepada ejen-ejen hartanah di bawah syarikat tersebut mengenai ilmu hartanah agar ejen-ejen tersebut dapat memberikan nasihat yang betul kepada prospek klien mereka.

  • Hits: 829

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak