LAWATAN KERJA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF LPHP KE MUTIARA MORTGAGE & CREDIT SDN BHD

9 Oktober 2026 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah mengadakan lawatan kerja ke Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd bagi tujuan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengurusan pinjaman perumahan. Lawatan ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Pemantauan Projek Program Penyenggaraan Perumahan (PPP) Bilangan 4 Tahun 2026 yang berlangsung di Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak. Delegasi LPHP diketuai oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP dan disambut oleh Tuan Awang Irwan bin Awang Shawal, Ketua Pegawai Eksekutif Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd.  Mutiara Mortgage & Credit Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak menguruskan pembiayaan perumahan kepada golongan sasar di Negeri Sarawak. Semoga perkongsian amalan baik yang dilaksanakan oleh Mutiara Mortgage Sdn Bhd di Negeri Sarawak dapat diadaptasi di Negeri Perak.
 
  
  • Hits: 43

Sesi Lawatan Tapak Projek Simpang Halt, Taiping

𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐤 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐥𝐭, 𝐓𝐚𝐢𝐩𝐢𝐧𝐠
 
Taiping, 22 September 2026 - Sesi lawatan tapak bersama YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak; YBrs. Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP); YBrs. Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT); wakil Pejabat Daerah dan Tanah Larut Matang dan Selama (PDT); wakil peserta; serta agensi-agensi teknikal yang terlibat ke Projek Simpang Halt, Taiping.
 
Lawatan ini bagi meninjau perkembangan semasa di tapak, mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan serta membincangkan isu-isu dan perkara teknikal berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan berjalan lancar dan mengikut perancangan.
 
    
  • Hits: 447

Program Tuisyen Percuma di PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐓𝐮𝐢𝐬𝐲𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚 𝐝𝐢 𝐏𝐏𝐑 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥, 𝐈𝐩𝐨𝐡
 
LPHP dengan kerjasama Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Jalan Hospital, Ipoh telah menganjurkan Program Tuisyen Percuma melibatkan anak-anak penduduk PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital dan PPR Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh.
 
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) LPHP, yang kini diperluaskan manfaatnya kepada anak-anak PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital dan PPR Pangsapuri Seri Kepayang. Sebelum ini, program seumpama ini telah dilaksanakan di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping sejak tahun 2024 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta memberi manfaat kepada ramai anak-anak PPR.
 
Sesi pertama telah berlangsung pada 7 September 2026 di Dewan PPR Rumah Pangsa Jalan Hospital dengan kehadiran 22 orang pelajar. Program dimulakan dengan sesi pengenalan serta aktiviti ice breaking. Kelas ini akan dijalankan setiap hari Isnin, jam 8.00 malam hingga 10.00 malam.
 
Semoga kerjasama seumpama ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke PPR lain pada masa akan datang demi manfaat pendidikan anak-anak komuniti setempat.
    
  • Hits: 451

Program Bersama Penduduk dan Majlis Peluncuran Bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan Tahun 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping telah mengadakan sambutan Bulan Kemerdekaan menerusi Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 pada 15 Ogos 2026 Jam 10 Pagi yang disempurnakan oleh Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bertempat di Dewan Serbaguna PPR Simpang Perdana Taiping.
 
Program ini dianjurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Simpang Perdana Taiping, sebagai usaha memperkukuhkan semangat patriotisme, perpaduan dan keharmonian dalam kalangan komuniti setempat.
Sambutan ini bukan sekadar meraikan kemerdekaan, malah menjadi wadah untuk menyemai rasa cinta kepada negara, menghargai keamanan yang dinikmati serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga komuniti.
 
Semoga sambutan ini dapat memperkukuhkan semangat kejiranan dan menyatukan seluruh warga PPR dalam suasana penuh keceriaan serta kecintaan terhadap tanah air.
 
    
  • Hits: 584

Majlis Peluncuran Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026–2035

𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐏𝐞𝐥𝐮𝐧𝐜𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐃𝐑𝐍) 𝟐𝟎𝟐𝟔–𝟐𝟎𝟑𝟓
KLGCC Convenstion Center, Kuala Lumpur | 10 Ogos 2026 – Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan agenda pembangunan perumahan Negeri Perak bergerak seiring dengan aspirasi nasional menerusi penyertaan ke Majlis Peluncuran Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026–2035.
 
Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta turut dihadiri YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara; YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; YBhg. Dato' Seri Azmir Merican, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Property, ketua-ketua jabatan dan agensi Persekutuan serta Negeri, serta wakil-wakil PBT, pemain industri, profesional dan ahli akademik. Pada majlis peluncuran tersebut, Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP bersama En. Sayed Muhammad Qusyairi bin Sayed Shariffuddin, Pegawai Eksekutif, Unit Dasar dan Kawalan Perumahan LPHP telah hadir mewakili LPHP bagi bersama-sama menyaksikan peluncuran dasar penting yang bakal menjadi landasan utama dalam mencorakkan hala tuju pembangunan sektor perumahan negara bagi tempoh sepuluh tahun akan datang.
 
Kehadiran LPHP ke majlis ini turut mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memastikan perancangan, pembangunan serta pelaksanaan agenda perumahan di Negeri Perak sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi dan kerangka dasar di peringkat nasional. Menerusi Dasar Perumahan Negara (DRN) 2026–2035, pendekatan pembangunan perumahan akan terus diperkasakan dengan memberi penekanan bukan sahaja kepada aspek penyediaan dan kemampuan memiliki kediaman, malah merangkumi kualiti perumahan, kesesuaian lokasi serta pembentukan persekitaran kejiranan yang selamat, inklusif, mampan dan berdaya huni.
 
Selaras dengan aspirasi tersebut, LPHP akan terus memainkan peranan strategik dalam menterjemahkan hala tuju DRN 2026–2035 mengikut keperluan dan landskap perumahan Negeri Perak, sekali gus memperkukuh usaha menyediakan ekosistem perumahan yang lebih mampan, berkualiti dan memenuhi keperluan rakyat.
 
 
  • Hits: 637

𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 (𝐋𝐏𝐇𝐏) 𝐃𝐈 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝟏𝟑 (𝐖𝐔𝐅𝟏𝟑) 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐊𝐔, 𝐀𝐙𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐉𝐀𝐍.

#lphpnadiperumahananda
#PerakSejahtera2030
#membinakehidupansejahtera
#MalaysiaMadani

Facebook: https://www.facebook.com/lphp.perak
Instagram: https://www.instagram.com/lphp.perak/
Laman Web: http://lphp.gov.my
Tiktok: https://www.tiktok.com/@lphpofficial    
  • Hits: 611

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak