KURSUS MICROSOFT EXCEL (INTERMEDIATE TO ADVANCE)

MERU, 14 & 15 Februari 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Kursus Microsoft Excel yang berlangsung pada 14 - 15 April 2025 bertempat di Hub Inovasi dan Multimedia, Mydin Mall meru. Kursus ini telah dikendalikan oleh penceramah berpengalaman lebih dari 27 tahun dalam bidang komputer/IT, Encik Kanageswaran Sanasee, dari Digital Perak Corporation Holdings. Beliau berkongsi pelbagai ilmu serta teknik penggunaan fungsi-fungsi lanjutan Excel secara praktikal dan interaktif.
 
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan menggunakan teknik-teknik tips and tricks dalam perisian MS Excel dan menggunakannya dengan mudah. Seterusnya, dapat menggunakan fungsi-fungsi MS Excel dalam penghasilan dokumen dan lembaran kerja yang lebih pantas dan sistematik. Akhir sekali, dapat menggunakan skill yang berkesan dalam perisian MS Excel.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, terutamanya Digital Perak dan Encik Kanageswaran atas sokongan dan kepakaran yang diberikan.
 
  • Hits: 1891

PROJEK MENGGANTI BUMBUNG DI PPR PANGSAPURI SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 8 April 2025- Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan melawat kemajuan kerja bagi projek mengganti bumbung di PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping. Bumbung PPR tersebut sebelum ini rosak teruk akibat ribut yang melanda pada 13 April 2025 yang lalu. Sehingga 8 April 2025, kira-kira 70% bahagian bumbung yang terjejas telah siap diganti. Turut hadir dalam lawatan tersebut adalah Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, pegawai-pegawai LPHP, wakil penduduk, kakitangan Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti dan kontraktor.   






  • Hits: 1889

KEPUTUSAN PENGUNDIAN RUMAH PERAKKU II PROJEK TAMAN TASEK ARDEA DAERAH KINTA

Senarai nama pemohon yang berjaya dan simpanan bagi projek Taman Tasik Ardea Daerah Kinta yang berlangsung pada 07 Mac 2025. Semakan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau klik pautan di bawah.
https://docs.google.com/presentation/d/1TOnH_fAT3e2PWnEAmZFLX-6NNGF8-sLi/edit?usp=sharing&ouid=114852061321631783572&rtpof=true&sd=true

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian kami 05-5265588.








#lphpnadiperumahananda
#membinakehidupansejahtera
#MalaysiaMadani
#PerakSejahtera2030    
  • Hits: 2618

PROGRAM JERAYAWARA KESEDARAN AWAM MENGENAI PELAKSANAAN AKTA AGENSI PELAPORAN KREDIT 2025

Pada 27/2/2025 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna SUK Perak LPHP dengan kerjasama Jabatan Agensi Pelaporan Kredit ( APK), Kementerian Kewangan Malaysia telah menganjurkan satu program iaitu Program Jerayawara Kesedaran Awam Mengenai Pelaksanaan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2025.
 
Selain daripada taklimat berkaitan pengurusan kewangan program ini turut menyediakan perkhidmatan seperti :
 
1) Pendaftaran / Semakan
Rumah Perakku.
2) Semakan CCRIS / CTOS
secara percuma.
3) Konsultasi Kewangan
4) Pameran Rumah Perakku
dan Mampu Milik.
 
Diantara agensi yang terlibat dalam pameran semasa program ini diadakan adalah LPHP, CTOS, AKPK, Bank Islam, Bank Muamalat, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Agro Bank, MAJUPERAK Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku I, II & III Taman Tasik Ardea), Miclebina Properties Sdn Bhd (Projek Perumahan Perakku II Santorini @ Botani, Pangsapuri Refflesia Ipoh) dan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (Perwira Segari).
 
Semoga program ini mendapat manfaat kepada semua yang hadir.
 
  • Hits: 1879

KURSUS PENGURUSAN FAIL DAN REKOD

MERU, 18 Februari 2025 - Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Fail dan Rekod bertempat di Bilik Mesyuarat LPHP. Pihak LPHP telah menjemput Encik Saifurnizam bin Ya'akob, Penolong Pengarah Negeri I dari Arkib Negara Malaysia Negeri Perak, sebagai penceramah utama.
 
Objektif utama kursus ini adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan rekod dan fail pejabat secara sistematik dan efisien, sejajar dengan keperluan pematuhan tadbir urus yang baik.

Diharapkan kursus ini dapat meningkatkan kecekapan pengurusan fail dan rekod dalam organisasi serta menyumbang kepada perkhidmatan yang lebih tersusun dan berkesan.
   

  • Hits: 1739

MESYUARAT PEMBENTANGAN DATA PERUMAHAN NEGERI PERAK DI BAWAH PELAKSANAAN AGENSI KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN NEGERI SERTA GLC NEGERI PERAK

IPOH, 12 Februari 2025 - Mesyuarat dan pembentangan data perumahan di bawah pelaksanaan agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi GLC di Negeri Perak telah diadakan pada Selasa, 12 Februari 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat, LPHP. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Zaiteena Binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP dan dihadiri oleh wakil dari 11 agensi iaitu MB Inc, Perak Corporation Berhad, Yayasan Perak, MAIPk, Pejabat KKDW Negeri Perak, Unit Perumahan Penjawat Awam (PPAM), Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perbadanan PRIMA Malaysia, SSI, JAKOA dan FELCRA.

Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pembentangan data perumahan di bawah pelaksanaan setiap agensi berkaitan serta verifikasi data oleh wakil setiap agensi bagi data perumahan yang telah dikemaskini sehingga suku keempat tahun 2024.
  • Hits: 1746

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak