LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT PENGERUSI JAWATANKUASA PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BERSAMA LPHP DAN PASAK KE KERAJAAN TEMPATAN FUKUOKA, JEPUN

JEPUN, 14-18 Julai 2025 - Lawatan kerja ke pusat penjagaan warga emas bagi memahami berkaitan sistem penjagaan warga emas dan pembangunan model rumah jagaan dalam komuniti warga emas.
 
Antara model perumahan yang dilawati adalah seperti Suncarna Nishijin, Habitation Jousui, dan Shimo Yato Municipal Housing menunjukkan bahawa warga emas boleh kekal berdikari dalam komuniti terbuka dengan sokongan persekitaran yang selamat, aksesibel, dan sosial inklusif. Selain itu juga, lawatan ke Dementia-Friendly Center memberikan pendekatan mesra demensia melibatkan reka bentuk fizikal yang responsif, program sosial inklusif dan sokongan komuniti yang prihatin menunjukkan pentingnya membina masyarakat yang memahami, menyokong dan menerima warga emas dengan keadaan kognitif terhad. Dalam lawatan ini juga kami berpeluang melawat ke Institusi seperti Fukuoka College of Care and Welfare dan Kokusai Gakuen Educational Corporation di mana latihan profesional dalam bidang penjagaan boleh melahirkan penjaga yang mahir dan berdedikasi. Hal ini menjadikan pendidikan berasaskan pengalaman dan kerjasama industri-akademia menjadi faktor kejayaan sistem latihan mereka.
 
Semoga hasil lawatan ini memberi input berharga kepada LPHP dalam usaha membangunkan perumahan inklusif dan lestari di Perak, khususnya untuk golongan warga emas. Pendekatan bersepadu antara perumahan, penjagaan, latihan dan inovasi teknologi boleh dijadikan model perintis di kawasan bandar dan separa bandar di negeri Perak.
 
 
 
 
  • Hits: 661

BADMINTON SANTAI ANTARA PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN & LPHP

Younique Sports, Ampang | Jumaat, 4 Julai 2025

Satu sesi riadah santai telah berjaya dianjurkan melibatkan penyertaan warga Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP), dalam suasana yang penuh harmoni dan semangat kesukanan.

Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja, di samping menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama serta memantapkan hubungan antara agensi secara santai namun berimpak positif.

Diharapkan inisiatif sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa sebagai usaha menyemai budaya kerja yang lebih sihat, produktif dan berdaya saing.

Sekian, terima kasih.

  

  • Hits: 850

PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 NEGERI PERAK

"Program Madani Rakyat 2025 peringkat Negeri Perak" telah diadakan bermula 13 - 15 Jun 2025 bertempat di Lumut Waterfrront, Lumut Perak.

Program yang berlangsung selama tiga hari ini turut disertai oleh agensi kerajaan Negeri dan juga Persekutuan. Ini selaras dengan penekanan kerajaan dalam usaha menyantuni rakyat serta menyampaikan maklumat dan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat setempat.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) turut bersama-sama menjayakan program ini. Selain daripada menyediakan perkhidmatan bagi pendaftaran rumah Perakku LPHP turut memberi penerangan dan informasi berkaitan pembangunan perumahan kepada pengunjung.

LPHP turut menyediakan kaunter untuk semakan kepada pemohon rumah Perakku.

Semoga program ini terus mendapat sambutan dan memberi manfaat kepada setiap pengunjung khususnya dan masyarakat setempat amnya.

  • Hits: 2268

KEPUTUSAN PENGUNDIAN RUMAH PERAKKU I & RUMAH PERAKKU II PROJEK TAMAN KERIAN PUTRA DAERAH KERIAN

Senarai nama pemohon yang berjaya dan simpanan bagi projek Taman Kerian Putra Daerah Kerian yang berlangsung pada 29 April 2025. Semakan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR atau klik pautan di bawah. 

"https://drive.google.com/drive/folders/1lIHC0bP5e09YXZOf6YEMlKLS_Kvru0dk?usp=sharing"...

Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi talian kami 05-5265588.


  • Hits: 1905

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN TAWARAN SAMBUNG SEWA DI PPR RUMAH PANGSA SERI BIDOR, BIDOR

BIDOR, 25 April 2025 - Sesi menandatangani perjanjian tawaran sambung sewa di PPR Rumah Pangsa Seri Bidor, Bidor. Sesi kali ini melibatkan 23 penyewa sedia ada yang memenuhi syarat kelayakan menyewa PPR dan mempunyai rekod bayaran yang baik.
 
Penyewa yang masih menepati syarat sewa PPR dan mempunyai rekod bayaran yang baik akan ditawarkan sambungan sewa bagi tempoh 2 tahun lagi. Bagi mana-mana penyewa yang tidak menghantar borang permohonan sambung sewa, penyewa boleh dikenakan tindakan arahan mengosongkan rumah kerana tidak mempunyai perjanjian penyewaan yang sah.





  • Hits: 1962

SESI TANDATANGAN PERJANJIAN TAWARAN SAMBUNG SEWA DI PPR PANGSAPURI KAMUNTING LESTARI, TAIPING

TAIPING, 18 April 2025 – Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP hadir bagi melawat keadaan bumbung PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping yang rosak teruk akibat ribut. Pada 13 April 2025 lepas, sebahagian bumbung bangunan 13 tingkat itu telah diterbangkan akibat ribut yang melanda di PPR tersebut dan kawasan sekitar. RIbut telah menerbangkan bumbung bilik motor pam dan tangki air ke bahagian lain bangunan PPR dan sekitar 65% kawasan bumbung PPR tersebut telah rosak dan terjejas. Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Encik Muhammad Faiz bin Abdul Latiff, Pegawai Eksekutif (Operasi dan Perumahan) dan kontraktor lantikan LPHP bagi kerja-kerja baikpulih bumbung tersebut.
 
Dalam lawatan itu, kontraktor telah menerangkan pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi kerja-kerja mengeluarkan bumbung yang diterbangkan itu dan seterusnya mengganti bumbung yang baru. Walaupun rangka bumbung yang diterbangkan itu telah dialihkan ke tempat yang selamat, penduduk dinasihati untuk menjauhi kawasan yang dipagarkan di lobi bangunan kerana masih terdapat bahagian bumbung yang berisiko untuk jatuh kerana pembaikan yang dibuat adalah bersifat sementara sebelum barang-barang untuk pembaikan kekal sampai.
 
  • Hits: 2345

BUMBUNG ROSAK AKIBAT RIBUT DI PPR PANGSAPURI SIMPANG PERDANA, TAIPING

TAIPING, 18 April 2025 – Puan Zaiteena binti Wan Nasir, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LPHP hadir bagi melawat keadaan bumbung PPR Pangsapuri Simpang Perdana, Taiping yang rosak teruk akibat ribut. Pada 13 April 2025 lepas, sebahagian bumbung bangunan 13 tingkat itu telah diterbangkan akibat ribut yang melanda di PPR tersebut dan kawasan sekitar. RIbut telah menerbangkan bumbung bilik motor pam dan tangki air ke bahagian lain bangunan PPR dan sekitar 65% kawasan bumbung PPR tersebut telah rosak dan terjejas. Hadir sama pada lawatan tersebut ialah Encik Muhammad Faiz bin Abdul Latiff, Pegawai Eksekutif (Operasi dan Perumahan) dan kontraktor lantikan LPHP bagi kerja-kerja baikpulih bumbung tersebut.
 
Dalam lawatan itu, kontraktor telah menerangkan pelan tindakan yang akan dilaksanakan bagi kerja-kerja mengeluarkan bumbung yang diterbangkan itu dan seterusnya mengganti bumbung yang baru. Walaupun rangka bumbung yang diterbangkan itu telah dialihkan ke tempat yang selamat, penduduk dinasihati untuk menjauhi kawasan yang dipagarkan di lobi bangunan kerana masih terdapat bahagian bumbung yang berisiko untuk jatuh kerana pembaikan yang dibuat adalah bersifat sementara sebelum barang-barang untuk pembaikan kekal sampai.
 
  • Hits: 1969

YB MENTERI KPKT RASMI 5 UNIT LIF BARU DI PPR PANGSAPURI SERI KEPAYANG

13 April 2025, IPOH - YB Tuan Nga Kor Ming hadir bagi merasmikan 5 unit lif baru di Program Perumahan Rakyat (PPR) Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh. Kerja-kerja penggantian lif ini telah bermula pada bulan 5 Februari 2024 dan siap pada 24 Mac 2025 yang lalu. Kos bagi penggantian 5 unit lif tersebut adalah sebanyak RM2.6 juta. Terima kasih KPKT atas penyaluran peruntukan dan bertindak sebagai agensi pelaksana bagi kerja-kerja penggantian lif tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Dato' Muhamad Nahar bin Haji Mohd Sidek, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Tuan Mohamed Akmal bin Dahalan, Ketua Pegawai Eksekutif LPHP, Tuan Haji Ahmad Munir bin Ishak, Setiausaha Bandaraya, Majlis Bandara Ipoh, pegawai-pegawai KPKT dan LPHP.

Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini dapat memberi keselesaan kepada penduduk PPR Pangsapuri Seri Kepayang dan LPHP berharap agar kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dan dijaga dengan baik.











  • Hits: 1967

Pusat Panggilan

05-526 5588 | lphp@perak.gov.my

Waktu Operasi Kaunter :
Isnin - Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)
*Kecuali Cuti Umum Negeri Perak

Ikuti Kami

Alamat Pejabat

Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak,
No 16, 18 & 20 A, Jalan Meru Impian A1, Bandar Meru Raya,
30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-526 5588 | Faks : 05-526 9199


© 2024 Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak